Pingat Emas di UniCeL 2026

Microcredential Minyak Zaitun Extra Virgin Raih Johan dan Pingat Emas di UniCeL 2026

Kolaborasi UniSZA dan Olive Jardin perkasa pendidikan pengguna melalui ilmu minyak zaitun berasaskan bukti saintifik

Microcredential “Minyak Zaitun Extra Virgin Siri 1: Pengenalan kepada Minyak Zaitun Extra Virgin dan Manfaat Kesihatan” hasil kolaborasi antara Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Olive Jardin mencatat pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan kategori Microcredential (MC) serta meraih Pingat Emas dalam pertandingan tersebut di UniCeL 2026.

Kemenangan ini membawa makna yang lebih besar daripada sebuah pengiktirafan pertandingan. Ia memperlihatkan bagaimana kerjasama antara universiti dan industri mampu menterjemahkan pengetahuan saintifik kepada pendidikan yang praktikal, mudah diakses dan bermanfaat kepada masyarakat.

Microcredential ini dibangunkan berasaskan satu persoalan yang cukup dekat dengan pengguna hari ini: dalam lambakan produk, label, promosi dan pelbagai dakwaan mengenai manfaat kesihatan minyak zaitun, sejauh mana pengguna benar-benar tahu apa yang mereka pilih?

Lebih penting lagi, adakah pengguna tahu bagaimana untuk menilainya sendiri?

Bukan Sekadar Mengenali Minyak Zaitun, Microcredential ini membawa peserta mengenali Extra Virgin Olive Oil (EVOO) dengan lebih menyeluruh daripada buah zaitun dan proses penghasilannya, faktor yang mempengaruhi kualiti, sehinggalah kepada cara membaca dan memahami maklumat pada produk.

Peserta turut diperkenalkan kepada penilaian sensori minyak zaitun melalui tutorial yang boleh diikuti sendiri di rumah, serta pendedahan kepada kepentingan maklumat produk dan Certificate of Analysis (COA) dalam memahami aspek kualiti sesuatu minyak.

Namun, pembelajaran tidak terhenti pada produk semata-mata. Dalam dunia digital yang dipenuhi pelbagai dakwaan kesihatan, peserta turut dibimbing untuk bertanya satu soalan penting:

“Apa buktinya?”

Melalui microcredential ini, peserta diperkenalkan kepada cara mencari maklumat saintifik, memahami bagaimana sesuatu manfaat kesihatan dikaji, serta menilai sejauh mana sesuatu dakwaan disokong oleh bukti penyelidikan.

Pendekatan ini penting bukan sahaja kepada pengguna, tetapi juga kepada pelajar, pengamal kesihatan, ejen, promoter dan individu yang terlibat dalam penyampaian maklumat berkaitan produk kesihatan, supaya maklumat dapat disampaikan secara lebih tepat, bertanggungjawab dan beretika.

Pembangunan microcredential ini menggabungkan kedua-dua kolaborasi.

UniSZA membawa kepakaran akademik, penyelidikan dan pendekatan berasaskan bukti saintifik, manakala Olive Jardin menyumbang perspektif industri, pengalaman berkaitan produk serta konteks sebenar yang dihadapi oleh pengguna.

Gabungan tersebut membolehkan pembelajaran bergerak daripada sekadar teori kepada pengalaman yang lebih dekat dengan kehidupan sebenar.

Kejayaan meraih Johan MC dan Pingat Emas di UniCeL 2026 sekali gus memberi pengiktirafan terhadap usaha kolaboratif ini dalam menghasilkan pendidikan digital yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi membantu masyarakat menggunakan ilmu tersebut dalam membuat penilaian dan keputusan.

Daripada Sekadar Percaya, Kepada Tahu Menilai

Matlamat microcredential ini bukan untuk menentukan jenama mana yang perlu dipilih oleh pengguna. Sebaliknya, membina sesuatu yang lebih bernilai, keupayaan untuk menilai sendiri.

Itulah perjalanan pembelajaran yang cuba dibawa melalui microcredential ini:

Daripada sekadar percaya, kepada tahu menilai.

Kini Dibuka untuk Penyertaan

Orang ramai yang berminat untuk mengenali Extra Virgin Olive Oil dengan lebih mendalam juga boleh mengikuti microcredential ini secara dalam talian.

Pembelajaran dilaksanakan secara fleksibel dan kendiri (self-paced), membolehkan peserta mengikuti kandungan dan aktiviti pembelajaran mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Kolaborasi:

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) × Olive Jardin

#unicel2026

#olivejardinhq

#zouitinaprestige

#minyakzaitunextravirgin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *