Profile kami
Bermula daripada sebuah kedai kecil di Surau Hitam, kini Masbukti telah mempunyai tiga buah cawangan di Negeri Sembilan; Ampangan (HQ), Seremban 2 & Senawang.
Ditubuhkan oleh Tn. Hj Mohd Nor bin Maarom, seorang anak kelahiran Johol, pada 17 Ogos 2013. Nama Masbukti itu merupakan singkatan bagi gabungan nama beliau dan isteri beliau.
Sebelum bermulanya kempen Buy Muslim First (BMF), Masbukti sememangnya telah lama mengamalkan konsep mengutamakan produk Muslim dalam jual belinya. Kini, pelbagai barang keperluan harian daripada produk muslim dan bumiputera yang boleh didapati di seluruh cawangan Masbukti.
Pengunjung Masbukti
MASBUKTI
Antara Tujuan utama Tn Hj Mohd Nor membuka MASBUKTI ini adalah untuk menjadikan mengumpul produk keluaran Muslim Tempatan agar Pelanggan Muslim boleh berbelanja di MASBUKTI tanpa was-was produk yang dijual di sini.
"menjadikan MASBUKTI sebagai Gedong pengumpulan Produk Muslim tempatan"
Terima kasih kepada pelanggan kami yang sentiasa menyokong dan membeli belah di MASBUKTI






