CEO Islamic Relief turun ke Pejabat PKJANS bersama team bagi menerima penyerahan sumbangan
3 Jun 2025, Kedatangan team dari Islamic Relief Malaysia ini disambut baik oleh AJK PKJANS iaitu Pertubuhan Kebajikan Jutawan Akhirat Negeri Sembilan di halaman pejabat yang bertempat di Masbukti Ampangan, Tingkat 1, Wisma Masbukti, Seremban, Negeri Sembilan.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk penyerahan pengumpulan sumbangan yang dianjurkan oleh PKJANS bagi Tabung Jihad P Siri ke-11. Sumbangan ini terdiri dari Ahli PKJANS, Pelanggan kedai runcit Masbukti Enterprise, dan lain lain. Setiap siri sumbangan akan diserahkan kepada saluran yang sudah diiktiraf dan sah.
Bagi siri ke-11 kali ini PKJANS menyerahkan kepada Islamic Relief Malaysia yang diserah melalui C.E.O Islamic Relief Malaysia iaitu Puan Siti Fadilah Mohd Hood pada 3 Jun 2025.

YDP PKJANS menyerahkan TJP11 kepada CEO Islamic Relief Malaysia

Cenderhati dari Pihak Islamic Relief Malaysia kepada PKJANS

PKJANS mengucapkan terima kasih kepada Islamic Relief Malaysia datang untuk sesi penyerahan terutama yang terlibat dalam pertemuan ini. CEO Islamic Relief Malaysia berminat dengan untuk mamanjangkan lagi jalinan dengan PKJANS dengan aktiviti yang akan datang.
—
untuk anda yang berminat untuk menyumbang anda boleh terus ke : –
Akaun :
Pertubuhan Kebajikan Jutawan Akhirat Negeri Sembilan
Maybank Berhad
5550 1425 7847
